Sunday, 26 February 2012

Kenyataan

Assalamua'laikum.

Saya ternampak satu ayat.

"Zaman dah moden perempuan dah boleh mulakan dulu"

Bukankah sudah bermula dari zaman nabi Muhammad.

:] Pasti semua tahu kan kisah nya.

Siti Khadijah melamar Nabi muhammad.

Tapi mungkin cara anak muda sekarang tak kena cara yg kadangkala nya membuatkan rasa meluat tu muncul. Boleh mula.. dengan niat kerana Allah. Ingin terus bernikah.

Seperti Siti Khadijah bukannya melamar Nabi Muhammad untuk bercinta bukan??

so janganlah melamar bercinta sebelum nikah. Berkenal kenal dulu dengan niat kerana Allah.
Minta dipandu olehNya.


Cuma jaranglah mereka yang ingin guna cara mengikut zaman nabi. Yelahh sebab sekarang terlalu moden kan. Semua target nak "couple".

Bab pendam tu. Lebih ramai yang begitu.. lebih selesa meluahkan pada Allah kan.. DIA lebih memahami. Ada satu cerita. Dimana seorang gadis meminati seorang lelaki yang dia tidak kenali. Dan dia hanya berdoa.. jika benar orang yang diminati itu baik dan benar buatnya. Maka satukan hati mereka dengan cara yang halal. Dan dengan berkat doa walaupun tidak kenal.. Mereka akhirnya boleh bersatu hati dengan pernikahan.

Mungkin komen ni terlalu islamik.. hihi.
Tapi pada saya bab bab cinta pernikahan semua ni kita kena fikir dari sudut islamik dan jangan mengikut trend. Ramai yg terlepas pandang.
Wassalam.:D

No comments:

Post a Comment